17 JULY 2013 - 5:13 PM

Tindakan Tegas Kepada Pemilik Pangsapuri Enggan Bayar Caj Penyelenggaraan

Iskandar Lawatan Tapak Projek RMM 01

SHAH ALAM 17 JULAI : Kerajaan Negeri bertindak tegas dengan membawa seramai 127 pemilik pangsapuri ke mahkamah ekoran kegagalan menjelaskan bayaran caj penyelenggaran pangsapuri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata tindakan tegas itu penting dilakukan untuk mendidik mereka menjaga pangsapuri bersama-sama dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Katanya, ekoran kedegilan itu, mereka boleh didenda sejumlah RM5,000 dan RM50 untuk setiap hari kesalahan selepas sabitan ditetapkan mahkamah.

Malah, Kerajaan Negeri juga tidak akan menerima sebarang rayuan daripada pemilik yang terlibat untuk menarik balik kes daripada tindakan pendakwaan mahkamah sehingga mencapai penyelesaian dengan JMB.

“Kerajaan Negeri sudah melaksanakan kempen ‘Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni’ tetapi ramai lagi pemilik enggan membayar caj penyelenggaraan mereka.

“Kita mendengar banyak rungutan dari JMB, yang mana terdapat pangsapuri yang hanya kurang 50 peratus pemilik sahaja yang membayarnya, jadi pangsapuri tidak dapat diselenggara dengan baik, akibatnya ia menimbulkan masalah kepada penduduk.

“Oleh kerana itu, kita mengambil keputusan untuk membuat tindakan penguatkuasaan melalui pendakwaan ke atas pemilik yang gagal membayar caj,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata tindakan itu selaras dengan Seksyen 23 Akta 663 yang memperuntukkan secara jelas kewajipan pemilik membayar yuran itu.

“Kerajaan Negeri menyeru supaya pemilik pangsapuri menunaikan tanggungjawab mereka untuk membayar caj agar pengurusan bangunan dapat dijalankan.

“Oleh yang demikian, mana-mana pemilik yang mempunyai tunggakan caj kepada JMB diminta segera berbincang tentang cara-cara bagaimana tunggakan ini dapat dibayar,” katanya.

 
  • Yusharizal

    Zaida Yuz!

    Memang betul semua orang susah…Tapi kena ingat jugak sampai bila…tiap -tiap bulan kami bayar maintenance orang tak bayar banyak cakap itu tak betul ini tak betul.. tapi macam tin kosong!!!

    Kalau di Singapura bayaran maintenance dibuat secara potongan gaji terus…sebab tu rumah bertingkat diaorang nampak terurus.

    Saya bantah kita gunakan alasan semua orang tengah susah untuk tidak mengambil tindakan kepada mereka yang tidak membayar maintenance.. Dari pemerhatian saya orang yang tak bayar maintenance ini terdiri dari orang yang berpendidikan.