12 JANUARY 2014 - 2:30 PM

SOSMA ‘hantu jelmaan’ ISA, rampas hak asasi rakyat

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 12 JAN: Meskipun Kerajaan BN berpendirian tidak berhasrat mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) perlu digubal supaya tidak merampas hak asasi rakyat.

Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata Sosma merupakan undang-undang yang menindas rakyat dan tidak mustahil akan digunakan sebagai alat politik untuk memberikan tekanan kepada pembangkang.

anti-isaKatanya, terma yang terdapat di dalam Sosma yang antaranya membenarkan seseorang ditahan tanpa diikat jamin untuk bertahun lamanya antara perkara yang membawa kepada hujah penolakan terhadap Sosma.

“Tetapi Sosma yang digubal kini boleh disalahgunakan terhadap pembangkang dan rakyat. Sama seperti ISA. kita juga minta pindaan dibuat terhadap Sosma.

“Sosma adalah undang-undang menindas. Ia membolehkan seseorang ditahan tanpa dijamin untuk bertahun, Ia juga memansuhkan undang-undang jenayah dan undang-undang keterangan yang biasa serta menggugat hak asasi rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.

surendran pc 01Kata Ahli Parlimen Padang Serai itu, kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyokong supaya ISA dikembalikan disifatkan ‘pembelot kepada rakyat’ di negara ini.

Jelasnya, ISA dilihat lebih kepada untuk kebaikan Barisan Nasional dalam berdepan pembangkang supaya isu penting dalam negara dapat didiamkan.

“Tujuan mereka bukanlah untuk kebaikan negara tetapi untuk kebaikan Umno-BN. Tujuan mereka adalah untuk mengunakan ISA sebagai alat politik untuk menangkap mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Tindakan itu membelot kepada rakyat di negara ini kerana ia akan digunakan untuk merampas hak asasi rakyat,” katanya.

EZY